Wednesday, October 21, 2009

PKR tidak letak harapan pada Jamaluddin dan Osman

0 comments

Oleh: Salhan K Ahmad

PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah

Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita.
"Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

Sumber: http://www.utaraonline.net/v3/ Baca seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Undi pos : Dulu 5 hari, sekarang 2 hari?

0 comments

BAGAN PINANG, 4 Oktober - PAS melahirkan kebimbangan terhadap proses pengundian pos yang dijalankan pada 8 dan 9 Oktober lebih-lebih lagi selepas pengundian selesai kerana baki kertas-kertas undi yang tidak digunakan oleh pengundi tidak turun mengundi boleh dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengundian Pos PAS Pusat bagi Pilihan Raya Kecil Dun Bagan Pinang, Suhaizan Kaiat berkata pada kebiasaan pengundian
pos yang dijalankan sebelum ini lebihan kertas-kertas undi yang tidak diguna akan dihantar semula kepada ketua-ketua kem tentera berkenaan.

"Kebimbangan kita adalah bila pengundi yang tidak keluar mengundi, kertas undi mereka akan diserahkan kepada ketua-ketua kem masing-masing dan ia boleh dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui Harakah semasa hari penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson baru-baru ini.

Ujarnya, Ketua kem tentera sepatutnya berhubung dengan pengundi yang tidak turun mengundi dengan memposkan kertas-kertas undi yang tidak digunakan.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kebimbangan terdapat risiko semasa proses menghantar kertas-kertas undi pos disebabkan tiada pantauan daripada agen-agen calon.

Suhaizan berkata hal demikian telah dibangkitkan ketika pertemuan yang dibuat bersama Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof baru-baru ini.

Beliau turut mengetengahkan mengenai isu tempoh pengundian yang dipendekkan kepada dua hari sahaja berbanding lima hari pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu.

"Semasa PRU 12 lalu kira-kira lima hari diperuntukkan untuk proses pembuangan undi pos dijalankan tetapi kenapa kali ini hanya dua hari sahaja?

"Ia menjadi tanda tanya dan menimbulkan keraguan kepada kita, Pakatan Rakyat apatah lagi tempoh yang singkat boleh menyebabkan ramai yang tidak
sempat mengundi sekaligus memberi peluang kepada insiden yang tidak diingini berlaku," tegasnya.

Sementara itu, beliau turut menjawab mengenai kewajipan mengundi yang dikenakan ke atas kesemua anggota tentera.

"Saya hairan kenapa tentera tidak boleh mengeluarkan arahan atau semboyan bagi mewajibkan kesemua tentera keluar mengundi.

"Walau bagaimanapun saya berasakan adalah tidak sewajarnya pihak penjawat awam yakni tentera mengarahkan anggota bawahan untuk menyokong mana-mana pihak termasuk menggunakan teknik ugutan yang boleh menyebabkan pengundi berasa takut dan berasa tidak bebas untuk memilih" demikian ujarnya.

Berdasarkan analisis daftar pemilih yang dibuat di Bagan Pinang terdapat sekurang-kurangnya 15 pusat berdaftar pengundi pos. Berikut adalah realiti
jumlah pengundi pos yang berjaya dikesan mengikut pusatnya:

PUSAT PEMILIH POS BERDAFTAR & JUMLAH

1. BALAI POLIS TELOK KEMANG =28

2. IJED KEM KG SAWAH =847

3. IJED KEM SI RUSA =55

4. ILMI PORT DICKSON =103

5. IPDA PORT DICKSON =407

6. KAD KEM SUNGGALA* =1,130

7. KOMPENI KPD KEM SI RUSA =265

8. MARKAS STAF GARISON =1

9. MARKAS STAF STESEN PORT DICKSON =98

10. PLATUN SERBA BHG. 1 KOMPENI ANGKUT =2

11. PONDOK POLIS BATU =2

12. PUSASDA KEM SI RUSA* =1,903

13. SEK. PENG. TENTERA DARAT PORT DICKSON=57

14. SEKOLAH PERTUKANGAN PERINTIS =105

15. WORKSHOP BRIGED KEM KG SAWAH =165

JUMLAH PEMILIH POS BERDAFTAR DI PUSAT =5,168

(bertanda bintang* pula terdapat kira-kira 500 tentera keturunan Sabah dan

Sarawak)

Sumber: http://prkn31baganpinang.pas.org.my/ Baca seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

PAS yakin tentera bersama rakyat

0 comments

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin aanggota tentera yang akan mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan bersama-sama rakyat untuk mempertahankan negara ini dari serangan politik wang.

"Rakyat semakin berubah dan semakin berani menentang cengkaman kuasa mereka yang berkeras dengan rasuah dan politik wang.

"PAS yakin, anggota-anggota tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang," kata beliau yang juga pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut.

Menurut Salahuddin, pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah peluang kepada anggota-anggota tentera untuk menyatakan bahawa mereka tidak lagi boleh menerima wabak rasuah yang boleh mengancam nyawa mereka.

"Menentang rasuah adalah soal mempertahankan nyawa bagi angkatan tentera.

"Rasuah boleh mengakibatkan pembelian peralatan pertahanan yang mengancam nyawa seperti membeli kereta kebal yang disesuaikan harganya dengan kepentingan perasuah dan kemudiannya dipasang senjata berat sehingga tidak boleh digunakan untuk tujuan pertahanan.

"Perkara sedemikian, jika benar berlaku seperti yang dilaporkan sebelum ini, membuktikan bahawa rasuah akhirnya mengancam nyawa anggota-anggota tentera," kata beliau.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, belanjawan untuk pertahanan adalah antara yang tertinggi setiap kali belanjawan negara dibentangkan.

"Kita tidak menentang peruntukan yang tinggi itu kerana PAS amat menekankan supaya angkatan tentera kita mempunyai peralatan pertahanan yang terbaik dan canggih.

"Yang kita persoalkan ialah kenapakah kita terus mendengar annggota-anggota tentera menjadi korban kepada alat pertahahanan yang bermutu rendah atau terlalu tua usianya seperti kes helikopter Nuri dahulu yang digelar keranda terbang," kata beliau.

Salahuddin menggesa anggota-anggota tentera membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan kuda tunggangan untuk kepentingan kuasa pihak yang rakus dengan rasuah dan politik wang.

"Selama ini kita dengar Barisan Nasional (BN) begitu yakin akan menang mudah jika terdapat undi pos dari anggota-anggota tentera sehingga (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendapat majoriti majoriti 22,922 undi di Pekan dalam pilihan raya 2004, antaranya setelah Kem Tentera Batu 10 Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan sedangkan dalam pilihan raya 1999, beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi sahaja.

"Mengapa perkara itu berlaku? Saya dukacita dengan kata-kata yang mendakwa bahawa di mana ada undi pos, di situ pemimpin BN selamat.

"Saya tidak mahu anggota tentera kita dituduh bersubahat dengan para pemimpin BN sedangkan ramai dari mereka yang mengadu tidak pernah diberi peluang mengundi sedangkan kertas undi untuk mereka telah diundi oleh entah siapa," katanya.

Sebab itulah, tegas beliau, anggota-anggota tentera mesti mengambil peluang dari pilihan raya Bagan Pinang ini untuk mempertahankan maruah dan nama baik mereka.

Ditanya mengenai kehebohan yang tersebar luas yang mendakwa bahawa taktik "pujuk dan ugut" akan digunakan untuk memastikan tentera mengundi BN, Salahuddin yakin anggota-anggota tentera tidak boleh diperbodohkan sebegitu rupa.

"Saya yakin mereka akan bangkit mempertahankan habis-habisan maruah mereka yang diserang oleh taktik jahat sedemikian rupa dan bersama-sama kebangkitan rakyat yang memerangi rasuah dan politik wang," tegas beliau.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi di Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa, 2 KAD Kem Sunggala, IJED Kem Kg Sawah, IPDA Port Dickson, 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa, 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah, Sekolah Pertukangan Perintis dan Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) Port Dickson.

Sumber: http://anakcucunabiadam.blogspot.com/ Baca seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Jangan lupa Kempen Bubar DUN Perak di Bagan Pinang

0 comments

PASUKAN NIZAR DARI TEAM BUKIT GANTANG SUDAH MULA BERTUGAS DI BAGAN PINANG
Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin datang untuk memberi sokongan dan bersama-sama membantu Pakatan Rakyat Perak menawan Bagan Pinang

Sumber: http://bukitgantang2.blogspot.com Baca seterusnya...

Hakcipta 2010 PKR RANTING BATU DUA | Rekabentuk oleh Suraz Kayastha | Blogger Template Style You Can Hack